Siapa Si Dara?

Entri kali nak kisahkn pasal Si Dara, entah kenapa kebelakangan ni aku asyik pikirkan ttg dia jew... sbb tu la stiap entri ada je "Si Dara"... So siapa Si Dara?  Entah la..Sejujurnya aku sendiri masih cuba memahami dirinya, banyak perkara yang masih aku kene belajar pasal dia. 

SO SIAPA SEBENARNYA SI DARA?

Si Dara, aku berikan nickname untuknya melambangkan kesucian,kemulian,keayuan,kesetiaan gadis melayu. Ceewah..Dia seorang yg dekat dengan ku wlaupun aku berada semakin jauh denganya.. Sangat sensitif pasal persekitarannya, mengambil berat, xmudah merajuk (xpernah kot), good cooks( karipap ngn bihun rasa sedp),cntik dan comel,peramah, periang, suka ketawa dan yang paling aku tau aku sangat sayang padanya.
ISTIMEWA SANGAT KE DIA NI?

Pada ku ya, dia sangat berbeza dengan janda2 lama ku..(huhu) juga berbeza dengan gadis2 lain(kwn2 la) yang aku knal...boleh berbincang apa sahaja masalah, sangat menjadi dirinya sendiri dan memahami aku seadanya.so mestilah dia seorang yang sangat istimewa.

APA YG KAU SUKA SANGAT PASAL SI DARA?

Aku suka padanya sebab dirinya adalah Si Dara, bukan orang lain..Ada sesetangah orang menjadi orang lain untuk disukai orang. Tapi aku yakin Dara xbegitu.Dia sentiasa menjadi dirinya.Baik dengan aku,kawan2 atau keluarga. Aku percaya... Selalunya klu keluar duduk bersembang atau makan, dia suka sangat bersila (atas kerusi).Masa mula2 dulu pelik jugak aku tgk, pe kene minah sorng ni? Tp dh lm2 aku rs dia seorang yg special, tak berlakon depan ku menjadikan perlakuannya itu sesuatu yang menarik pada ku..nmpk comel plak sebenarnya...

aku juga suka bila dia mengadu ttg kehidupan dia seharian.Banyak cabaran, bagaikan segala onar dan belukar semua miliknya. dan di akhirnya mesti dia yg menang.
Aku sukakan pkaiannya, sopan sentiasa. Pakaian yang paling aku suka lihat dia pakai, baju kurung dan baju kebaya. Dia pernah pakai baju kebaya biru sewaktu konvokesyen ku..sangat terserlah keayuan gadis melayu padanya..

WAH, BUKAN MAIN LAGI PUJI... BAIK SANGAT KE DIA TU?
Dia sendiri kata pada ku yang dia tu xbaik. Pada mataku dia cukup sempurna untuk aku peristerikn. Biasalah manusia klu ada berada dalam keadaan yg sempit pasti akn buat perkara yg tidak diterima akal, klu itu maksud "jahat" padanya. Lumrah hidup aku percaya masing2 belajar membaiki diri menjadi lebih baik. anak yang taat, hamba yang soleh, pelajar yang rajin, kekasih yang setia, sahabat yang pemaaf.
Jadi sebelum tercapai semua itu keadaan kita semua smemangnya xbaik(jahat),termasuklah aku.

Akhir sekali, diantara gadis2 di luar sana....

aku bersyukur ditemukan dengan Si Dara, banyak perkara yang kami kongsikan sepanjang hub ini, semoga ikatan kian utuh dan semakin bersemi. dan aku sekarang sedang sangat merindui Si Dara ku yang "jahat". hehehe(gelak jahat).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...