RON 95 naik 20sen? Selamat Hari Raya Qurban Malaysia.





Assalamualaikum,

Hari ni (Rabu / 1 Oktober 2014) heboh di media sosial Ron 95 dah dikurangkan subsidi sebanyak 20sen sebagai meneruskan langkah kerajaan merasionalisasikan pemberian subsidi kepada rakyat Malaysia. Dengan kata lain pemberian subsidi petrol kepada rakyat adalah tidak rasional lagi. Maka senang cakap senang paham. Petrol Ron 95 daripada harga RM2.10 seliter dah naik jadi RM2.30 seliter.  Maka mulai 2 Oktober 2014, rakyat Malaysia perlu semakin rasional dalam tindakan menggunakan wang/duit untuk menangani masalah ini. Takkan nak makan maggie kot. Haha.


Ni tahun lepas bulan 9..cukup setahun dah... apakah sudah dirancang?
Aku belum berhajat nak komen pasal isu politik yang berlaku kat Malaysia ni. Menetap di Shah Alam baru nak masuk 5 bulan. Heboh cerita pasal Jawatan Menteri Besar Selangor. Tak terkejar aku nak update isu semasa kat Selangor ni. Baik aku hadap masalah aku sudah. Aku sekarang dah kerja sebagai Jurutera Mekanikal kat sebuah Consultant M&E. Jangan sangka gaji aku banyak sebab aku Engineer, aku kerja QA Lab Technician dulu lagi banyak dapat. So kena la tunggu pengalaman banyak sikit, lompat consultant lain boleh la demand gaji. Jadi sekarang aku kene struggle untuk survive kat Shah Alam ni berbanding kat Rawang dulu.

Dua tiga bulan pertama memang banyak gaji aku habis sampai defisit sebab aku tak kawal cara aku berbelanja dan banyak juga perkara nak dibayar. So dalam dua tiga minggu kebelakangan ni aku mula kawal pembelanjaan dengan catit semua pembelanjaan aku untuk review kemana wang aku habis. So quite effective jugak walaupun aku tak berapa disiplin nak rekod semua tapi kebanyakan semua resit aku simpan. Simpanan aku banyak tertumpu untuk loan ASB aku buat dua tahun lepas. Semua ni persediaan untuk kawin. Hehe.

Hari ni aku balik lambat sebab ada weekly site meeting yang dah berbulan tak update. Ada dua site meeting untuk dua fasa kat Seksyen 13, Shah Alam. Site Meeting atau Client Consultant ni melibatkan Pemaju, Arkitek, Main Contractor Manager,Consultant C&S, Consultant Infra, dan Consultant M&E. Tapi isu dalam meeting tak ada yang best pun sebab meeting kejap je. Consultant C&S bawa dunkin donuts pastu contractor beli nescafe memang tak jadi meeting la jawabnya. Isu menarik petang tadi pasal kawin, isteri dan anak. Aku sorang je yang bujang menadah ilmu orang berkeluarga. 

Main Cont : Anak sorang walaupun dan 20 tahun kawin.
Developer: Isteri keguguran atas kecuaian doctor dan sedang menunggu due dalam dua bulan baby baru.
Arkitek : Tunggu due isteri nak bersalin , anak songsang kene operate.
C&S:  Anak dah nak kawin. Umur 23 tahun perempuan. 
M&E: Bujang dan tak cukup duit nak kawin. haha
Diorang sibuk suruh aku kawin cepat.. Nanti anak dapat lambat. huhu.. Tapi jawapan aku senang je, rezeki dan jodoh tu urusan tuhan. Tapi aku tidak la menidakkan statement mereka sebab USAHA untuk rezeki dan jodoh tu urusan kita sebagai hambaNya.. 

Balik tadi aku singgah pasar malam seksyen 7 sebab aku memang duduk area situ pun. Selalu memang macam-macam aku beli nak puaskan nafsu makan.. haha. Tapi kali ni datang-datang je aku nampak pakcik tua tak ada tangan duduk jual tisu. Terus timbul rasa insaf dalam diri dan bersyukur ada tulang empat kerat untuk cari rezeki atas muka bumi Allah ni. Sempatla capai beberapa helai not duit kertas untuk pakcik ni. So pusing-pusing pasar malam, tengok ada nasi ayam, nasi kerabu, ayam percik dan air macam2 jenis tapi last2 aku beli mee meggie goreng je RM 2.50.  haha.


So apa kena mengena cerita ni dengan RON 95 naik 20 sen?? Aku balik je umah solat asar bukak laptop bukak facebook tadi. Penuh wall orang cerita pasal RON 95 naik 20 sen. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang cuba untuk semakin rasional dengan usaha aku untuk survive dalam menghadapi kos sara hidup bergelar insan di muka bumi Malaysia ni. Aku kene adapt isu minyak plak...hmm..Aku semakin sesak nafas dalam mengejar cita dan cinta..  tapi ini bukan alasan untuk merungut. Yang penting usaha dan tawakal. Ini juga merupakan pengorbanan dalam menjamin mengejar masa depan aku. Masa depan Malaysia? Tak pasti lagi macamana. By the way, Selamat Hari Raya Qurban Malaysia..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...