Trip to Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu!!!

Salam, hi...
Kali ni trip bujang melangkah setapak lagi kehadapan, apabila kaki ni dah sampai ke pantai timur Tanah Melayu..negeri penyu menangis, Terengganu!!!! Percutian kali ni memang dah plan sejak awal semester lagi bersama kawan-kawan dan duit ptptn awal-awal lagi kitorang asingkan supaya nanti tak terbelanja..So klu korang rasa nk pegi Pulau Perhentian bajet dalam RM400 tu dah bleh pegi dah...Bujang pun spend less RM300 tp untuk sesak-sesak bawak la duit lebih.
Perjalanan bujang bermula dari kampung di Perak ke Hentian Putra, Kuala Lumpur..Kitorang ramai-ramai naik bas ke Kuala Besut lagi best dari drive sendiri, letih sebab perjalanan ambil masa lebih 6 jam. So tiket pukul 10 malam dan kitorang sampai lebih kurang pukul 5.30 pagi. Jadi kitorang lepak-lepak kat Jeti Kuala Besut jap sebelum naik speedboat ke Pulau Perhentian Kecil...Perjalanan dengan boat mengambil masa 20 minit, memang satu pengalaman baru untuk sesiapa je yang xpernah naik boat..huhu
So kat Perhentian Kecil kawasan yang kitorang pilih menghadap Long Beach. Tempat paling perfect sebab kawasan ni tempat tumpuan pelancong asing. Bujang dah rasa macam kat Hawai plak... Ramai mat ngan minah salleh menayang body kat pantai..wehoo...cuci mata time..haha..
Pasir kat Long Beach ni memang sangat halus, macam kene ayak je....Pastu pantai dia sangat panjang maksudnya kalau korang berjalan dalam lebih 500 meter ke arah laut, baru cecah pinggang. Mungkin sebab tu nama dia Long Beach kot.
Aktiviti pertama kitorang, snorkeling le..Kami pergi menyelam meneroka khazanah laut secara lebih dekat.. Kami dibawa lima kawasan berbeza seperti turtle bay,shark bay, coral bay yang lagi dua xtau ape nama bay ntah..
Merasa juga la pengalaman bagi makan ikan sambil berenang bersama-sama ikan. Best woo.. Trip ni memang agak banyak kluar duit tapi memang sangat berbaloi dan memberi seribu satu pengalaman yang sangat best sebab bujang memang dh bertahun-tahun tak bercuti.. Jumpe lagi dalam trip yang lain...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...