Bekerja Sendiri Jadi Bos..

Selepas aku ditamatkan perkhidmatan oleh tokei kedai makan <Klik sini>.(atas sebab bulan puasa ler).. aku xpernah ada masalah disiplin tau..Terpaksa lah aku cari inisiatif lain yang mendatangkan duit sebab raya dah nak dekat dan semester baru pun akan bermula...semuanya memerlukan duit..So apa yang aku wat adalah, aku meniaga sendiri...senang, habis cerita...sendiri kerja sendiri untung..haha..merasa gak jadi bos sendiri...huhu
Aku buka satu stall burger kat satu kawasan perumahan di Perak(kampung halaman) dari pukul 6 ptg-1 pg..

Meniaga dengan member.
Dengan bantuan seorang kawan baik aku, berjaya gak la aku harungi cabaran meniaga ni...walaupun sebulan je...Pelanggan kitorang tak la ramai, tapi regular customer tu ada la...Dalam satu malam cuma dapat jual 30-40 biji je...memang untung tak banyak tapi at least aku dapat pengalaman susah senang orang berniaga..


Harga lebih kurang sama je.
Kalau tengok senarai harga stall burger Segamat ni lebih kurang je dengan stall aku..Bezanya aku ada improvise menu sedia ada dan tambah satu lagi menu baru... Iaitu Burger Monster....kalau limit stall biasa Double Special..limit aku lak sampai Triple Double Special...harga dia RM5... masa mula-mula jual dulu ramai gak yang tanya... tapi bila dah establish... ramai jugak yang beli....huhu...camne aku wat? senang je...


Aku tengok sekarang ni ramai graduan yang sangat memilih kerja selepas bergraduasi, atas pelbagai alasan antaranya sebab mereka berkelayakan tinggi, takkan nak kerja cikai-cikai ni. Bakal graduan patutnya sedar yang purata pengangguran dikalangan pemegang ijazah @ diploma sebenarnya tinggi... Jadi masing-masing perlu ada inisiatif sendiri untuk majukan diri..contohnya bekerja sendiri... ~cuma berkongsi~ (aku sendiri pun masih dalam pengajian)huhu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...