2nd Trip to Sabah Di Bawah Bayu!!!!

Seronok rasanya apabila BK diberi peluang untuk terbang ke negeri di bawah bayu secara percuma!!!..untuk kali kedua!!!!.... Trip kali ni masih lagi di biayai oleh kelab yang sama, kali ini lebih lama ( hampir 2 minggu) tetapi mempunyai pengisian yang berbeza.... Bezanya program kali ini disertai seramai lebih 90 orang dari 20 universiti awam seluruh Malaysia dari kelab yang sama.. Keterujaan menyertai program ni semakin memuncak apabila tempat yang akan dituju adalah tempat dari trip sebelum ni... Desa Kencana, Lahad Datu..Kembali dapat beramah mesra dengan keluarga angkat yang lama.. walaupun bujang dapat keluarga angkat yang baru.. Program kali ini dipenuhi dengan aktiviti banci warga felda sahabat dan kem jati diri yang diadakan di kaki gunung kinabalu, kem bina negara kundasang... Ini kali pertama bujang dapat lihat gunung kinabalu secara live.. lebih mengujakan suhu tanah tinggi yang sejuk..Layan gambar-gambar sekitar Kundasang...Memang syiok la!!!...

Nampak tak Gunung Kinabalu?

Kem Bina Negara Kundasang


View Kem berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.


Kali ini mugkin kali terakhir BK dapat jejakkan kaki ke negari di bawah bayu, lain kali kalau ada lagi tak tahulah..huhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...