Cuti panjang cari duit...

Cuti semester kali ni memang panjang...lebih kurang empat bulan oo..Panjang tuuu.. Program Persada pun banyak, sampai BK pun banyak yang tak dapat pergi sebab ada komitmen lain..Yang dapat pergi pun Program Kembara Borneo Gegar Persada je..nak tau klik sini . Pastu ada 3-4 program lagi BK tak dapat join..Antaranya sebab jaga opah dengan mak andak, (alhamdullillah dua-dua dah sembuh). pastu pindah rumah,(dekat je) and latest sebab komitmen kerja..

Dah nama pun Bujang Kedana, so memang sengkek la cuti ni, klu banyak duit leh gak la habiskan pegi melancong..so apa kerjanya? BK kerja kat kedai makan dekat je dengan area rumah.. Kedai makan ni bukak waktu petang sampai la ke tengah malam.. jual pun kuih muih je... dan masak sebelah malam.. takde la besar sangat kedainya, boleh la cari makan... BK di bayar RM 15 sehari..bolehla wat makan dan duit topup untuk call si dara..huhu. Kerja pun takde la letih sangat.. Kerja BK cuma ....

Lap Meja

Cuci Pinggan Mangkuk

Kira order

buat air
ada lagi sebenarnya, tapi ni kerja major la yang hari-hari BK buat..memang seronok dapat pengalaman kerja kedai makan...sibuk melayan karenah dan gelagat pelanggan..Tapi cite ni waktu bulan Julai lepas...skrang ni bulan puasa, kedai makan tu pun tutup... BK pun dah ada job lain...nak tau? kne la tunggu.....




2nd Trip to Sabah Di Bawah Bayu!!!!

Seronok rasanya apabila BK diberi peluang untuk terbang ke negeri di bawah bayu secara percuma!!!..untuk kali kedua!!!!.... Trip kali ni masih lagi di biayai oleh kelab yang sama, kali ini lebih lama ( hampir 2 minggu) tetapi mempunyai pengisian yang berbeza.... Bezanya program kali ini disertai seramai lebih 90 orang dari 20 universiti awam seluruh Malaysia dari kelab yang sama.. Keterujaan menyertai program ni semakin memuncak apabila tempat yang akan dituju adalah tempat dari trip sebelum ni... Desa Kencana, Lahad Datu..Kembali dapat beramah mesra dengan keluarga angkat yang lama.. walaupun bujang dapat keluarga angkat yang baru.. Program kali ini dipenuhi dengan aktiviti banci warga felda sahabat dan kem jati diri yang diadakan di kaki gunung kinabalu, kem bina negara kundasang... Ini kali pertama bujang dapat lihat gunung kinabalu secara live.. lebih mengujakan suhu tanah tinggi yang sejuk..Layan gambar-gambar sekitar Kundasang...Memang syiok la!!!...

Nampak tak Gunung Kinabalu?

Kem Bina Negara Kundasang


View Kem berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.


Kali ini mugkin kali terakhir BK dapat jejakkan kaki ke negari di bawah bayu, lain kali kalau ada lagi tak tahulah..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...