Assalamualaikum,
Tanggal 11/10/2014 secara rasminya aku telah bergraduasi dengan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian, dapat Second Class Upper je tapi cukup bersyukur sebab hasrat untuk memiliki Ijazah Pertama dah termakbul, dah keje pun sekarang. Dah bagi pun bapak aku merasa duit pertama gaji dan bulan-bulan seterusnya. Alhamdulillah.
Gambar Hiasan |
Baru-baru ni, cerita Hero Mahasiswa muncul balik lepas kes Adam Adli dari UPSI. Time tu aku tahun akhir semester 1 kot. Dah kene penjara si Adam ni kalau tak salah.Kesian kat dia ni. Sekarang muncul pulak watak baru, Fahmi Zainol, YDP MPPUM tu. Pangkat bukan main besor. Isu dia pun korang tau dah, so tak payah aku ulang tayang macam Astro. Aku cukup kagum dengan keberanian diorang berdua dalam menentang kezaliman dan kekurangan kerajaan dalam mentadbir negara tanpa masuk ke dewan rakyat atau parlimen. Cukup bersorak dan memekik kat jalan raya dan pasti semua akan berjaya. Kesian lagi sekali
Diorang ni kaki selfie jugak eh? hehe.
Setelah bergelar mantan mahasiswa ni, tak la rasa sakit hati sangat bila ada mulut pakcik makcik cakap mahasiswa sekarang makin tak berakal dalam tindakan dan permikiran. Harap je dapat masuk universiti tapi pemikiran tahap budak tadika. Itu cakap-cakap makcik pakcik yang selalu aku dengar bila aku bagitau aku masih menuntut ilmu menara gading. Aku yang tekun menuntut ni pun terpalit sama lumpur yang diorang bawak ni. Nasib baik UTHM masih bersih dari golongan mahasiswa pening ni. Student engineering mana ada masa pikir pasal politik. haha. Ulas boleh la nk terlibat tak kot. Diorang ni belajar pe sebenarnya eh;
Adam Adli : Pelajar Tahun Tiga: Mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua(TESL) - UPSI
Fahmi Zainol : Pelajar Tahun Akhir Pentadbiran dalam Keadilan Sosial- UM
Anwar Ibrahim-Sarjana Pengajian Bahasa Melayu-Rujuk Latar Belakang Pendidikan Menteri Malaysia
Anwar Ibrahim-Sarjana Pengajian Bahasa Melayu-Rujuk Latar Belakang Pendidikan Menteri Malaysia
Tiga-tiga bukan budak engineering.huhu. Budak engineering memang tak layak masuk politik sebab tak pandai bercakap macam siswa kos lain...kot. Yang penting Anwar Ibrahim dah graduate dan pernah jadi Timbalan Perdana Menteri dan pegang beberapa portfolio kementerian lagi. Paling tidak perjuangan dia mungkin ada dalam buku sejarah tahun 2050. Dak dua orang tu dapat pe? Buang universiti? Kesian kuasa tiga.
Keberanian diorang berdua ni memang tak boleh aku pertikaikan, sebab bukan ramai yang mampu untuk mencari pengaruh dan memekik menuntut keadilan macam era kebangkitan semangat kebangsaan dalam membebaskan tanah melayu dari pemerintahan British. Sejarah sebenarnya mungkin sedang berulang walaupun kita sudah tidak dijajah lagi.
57 tahun selepas Merdeka, muncul balik subjek sejarah dengan peranan yang hampir sama cuma watak berbeza. Tapi kaum muda masa zaman sebelum merdeka, mereka ni bukan bergelar penuntut ilmu, mereka dah habis belajar pun. Menggunakan kesempatan menuntut ilmu yang diberikan British untuk lawan British balik. Tapi yang paling penting diorang tak rempuh pagar (Opps)
Lagi pulak matlamat mereka jelas untuk membebaskan tanah melayu bukan nak menyelamatkan mana-mana individu supaya tanah melayu merdeka. Rasanyelah.... ini bukan blog politik tapi ini cuma pendapat aku je yang rasa perbuatan diorang ni sia-sia dan merugikan diri sendiri.
"Politik Malaysia mungkin nampak kotor walaupun macam mana dibersihkan dengan sabun Daia guna mesin basuh, tapi kita yang cuma ada sabut nyior nak menyental memang jadi lagi kotor la bukan makin bersih" - Bujang Kedana.
Tapi yang paling aku kesian, Mak Ayah diorang la..Aku tak pasti diorang dapat tak sokongan keluarga dalam perjuangan macam ni. Kalau ada alhamdulillah. Kalau tak ada memang kesian ganda 1000x.. "bunyi guruh".
Akhir sekali, Harapan aku semoga Malaysia makin maju dan berdaya saing di peringkat global dalam mencapai wawasan 2020 tanpa meninggalkan dan mengenepikan kesusahan rakyat jelata. Peace no war..:)