PENGALAMAN: Kerja selepas bergelar Graduan Politeknik.



Assalamualaikum,

Hari ni aku nak berkongsi pengalaman bekerja pertama (first real job) selepas graduate dari Politeknik. Ya, betul aku graduan dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal. Tak pasti macamana boleh terjebak dalam bidang ni. Tapi aku memang sangat bersyukur berada dalam bidang kejuruteraan mekanikal ni. Post ni cuma pengalaman aku lepas konvokesyen dan mula nak hidup cari rezeki. Cerita untuk yang baru dapat masuk belajar kat Politeknik, nanti aku buat post tajuk lain.

Belajar kat Politeknik memang tak popular, pakcik- makcik pun tengok kita nak tak nak je, Tapi jangan risau dan jangan khuatir sebab graduate Politeknik memang senang dapat kerja. Lagi pun itu yang penting kan? Betul !! Ini buktiya,, Sila Baca..

  UTUSAN -->  Graduan Politeknik Laris Dipasaran  (1 Disember 2010)
  METRO  ---> Lulusan Politeknik Laris                     (28 Disember 2013)
 UTUSAN ---> Lulusan Politeknik Laris dalam Pasaran Kerja   (4 September 2014)

Bukti lagi? Aku sebagai produk politeknik diambil bekerja dengan sekali interview je dalam masa empat (4) bulan lepas tamat belajar. Bongkak? Tak la.. aku bangga sebab aku graduan politeknik senang dapat kerja,hehe.

Ini bukan 2014 punya cerita tau. Aku habis poli dalam Jun 2009 dan aku mula bekerja Oct 2009. Blog ni pun aku tak tau guna lagi. Aku mula cari kerja guna Jobstreet.com lepas habis belajar. Prestar Precision Tube Sdn Bhd, nama kilang kat Rawang yang ambil aku bekerja tanpa banyak soal. Kalau yang masih mencari kerja boleh cuba apply. Aku pergi inteview lepas dapat panggilan telefon dan email, bergerak dengan Mak Andak aku, sebab ak tak pernah jejak kaki ke Rawang lagi masa tu. Pergi naik kereta Proton Saga bapak aku yang dah uzur tu. Interviewer ada dua orang, sorang Manager QA dan sorang Manager Production. Tak ada HR officer pun. Soalan yang ditanya pun tak la susah mana, kalau tak tahu pun aku tunjuk yang aku nak belajar, Selang beberapa hari lepas interview dapat panggilan yang aku dapat kerja, tapi aku mintak masa sampai hujung bulan sebab nak uruskan pasal rumah dan diorang pun setuju.


Tapi sebenarnya tak la kelam kabut cari rumah pun sebab sebelum pergi interview lagi aku dah siap2 cari rumah nak duduk nanti. Anak Sedara Opah ada sebuah rumah sewa yang dah lama tinggal kat Country Homes. Disebabkan aku ni jenis kering je dan jenis tau bersyukur (haha), aku redah je asalkan boleh hidup, dalam masa tu aku uruskan urusan masuk api dengan air sebab dah kene potong sebab bertahun tak berbayor.

Lebih kurang camni la rupa flat tu. Burok.. huhu
Rumah flat tingkat bawah ada satu bilik je. So kecik je umahnya dalam 1000sqft je. Sewa RM200 sebulan. Bayar ke bank. Dia nak jual kat aku rumah tu. Tapi aku rasa tak berbaloi nak beli tapi dengan keadaan harga rumah melambung sekarang ni buat aku rasa rugi tolak. At least aku dah ada umah sewa sebijik. Jadi cukup bulan aku pun masuk la umah tu dan nak di jadikan cerita pakcik aku nak pindah rumah duduk umah mak mertua dia dan dia tak ada tempat nk simpan barang-barang umah dia. Jadi letak kat umah aku leh simpan dan aku guna. Dapat la satu umah yang complete set dengan sewa murah dok sensorang. Memang Allah dah mudahkan perjalanan aku pada masa tu.

Cerita pasal kerja pulak, aku bertugas sebagai QA Lab Technician kat Prestar tu. Kalau korang klik link prestar tu korang tau la yang Prestar ni pengeluar produk logam. Aku diletakkan di bawah bahagian stainless steel. Jadi sebagai QA Lab Technician tugas aku adalah:-

                       1)  Memeriksa specifikasi pipe randomly (thickness, surface, length)
                       2)  Melakukan dan merekod ujian musnah dalam beberapa batch ( Flaring,                                                 Flattening, Tensile Test)
                       3)  Melakukan ujian makmal untuk lihat microstructure. dan buat hardness                                                test.
                       4) Ambil sampel dari production (2 jam sekali).
                       5) Buat customer sampel untuk bos present kat customer.
                       6) Ada lagi tapi aku dah tak ingat.
Gaji aku masa tu RM1250 dengan unlimited overtime. Overtime wajib hari-hari 4jam. Jadi aku masuk kerja kol 7 pagi, balik 7 malam, enam hari seminggu. Ahad ngan public holiday kekadang kene kerja.Kalau aku rajin, aku balik la kol 10 malam. Kerja aku banyak inspect dan checking je dari mula sampai pickling dan rinsing. So banyak lepak kat Lab je.  Pendapatan sebulan paling banyak cecah RM2800 sebulan dan sebulan aku guna cuma dalam 500-700 je. Aku pakai moto campur makan ngan sewa umah berapa la sangat blanja.

Proses penghasilan stainless steel paip ni memang aku tak belajar kat Politeknik. Manager aku suh baca pasal ASTM punya requirement pun aku tak paham sangat masa tu. Tapi sebagai pekerja yang sedia untuk belajar perlahan-lahan pun takpe katanya.  Lupa nak mention yang dalam department tu aku budak melayu no 3. Ada sorang kat office, sorang kat second process and aku sorang kat first process. Obviously kerja memang dikalangan chinese dan foreigner. Tapi pengalaman tu memang sangat berharga untuk aku.

Manager aku memang sempoi je orangnya, Sekarang ni dah jadi senior manager kot. Perempuan Chinese, umur time tu early 30's kot. tak kawin lagi. Tapi sangat mendengar pendapat aku dalam apa-apa isu berkaitan production. Bahagian QA tak ada executive tak tahu kenapa, masa aku nak berenti baru ada executive baru masuk.

Aku berenti pada Mei 2010 (8 bulan gak keje) sebab dapat tawaran sambung Ijazah Pertama Kejuruteraan Mekanikal kat UTHM. Aku nak nasihatkan untuk yang plan nak sambung degree better cuba masuk industri walau sekejap untuk paham apa bidang mechanical ni sebenarnya.. dan try cari duit dulu. Aku dapat kumpul dekat 10 ribu keje tak sampai 8 bulan. Tapi kalau rezeki korang dapat direct further studies, better terima jela, boleh jimat tahun.. huhu.Yup. itu cerita tahun 2010. Sekarang dah 2014, aku dah habis degree pun..



Bila kenang balik, rakyat Malaysia ni tak memilih kerja pun sebenarnya sebab rata2 banyak peluang yang kita boleh cuba. Cuma ada segelintir graduan kita yang suka melabel kerja. Jadi cekalkan semangat, berdoa dan berusahalah untuk mendapat yang lebih baik. Alhamdulillah aku dah bergelar Jurutera sekarang, ^^...


3 comments:

  1. LOWONGAN KERJA PART-TIME!!!
    Bagi teman-teman, mas-mas, mbak-mbak, ibu, bapak-bapak, adik-adik , yang ingin mendapat penghasilan tambahan, dengan hanya input nama lengkap serta alamat Email saja, rekan-rekan semua bisa mempelajari dan mengerjakan pekerjaan paruh waktu ini. Tertarik? Silahkan langsung klik :

    http://www.penasaran.net/?ref=jh9it3

    ReplyDelete
  2. salam bro. nk tnya. antara technician ngn engineer mne krje yg relax. sllu ad mse?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...