Trip to Sabah di Bawah Bayu..

Sebelum terlupa, aku nk story pasal bukan trip sebenarnya tapi program bersama antara tiga buah universiti dan masyarakat felda di Felda Sahabat pada cuti semester yang lepas.Berlangsung tiga hari je.. tapi kami berkampung sampai seminggu.. perjalanan pun dah makan sehari.. dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu selama 12 jam. Ni pun first time aku naik  pesawat... dapat merasa dua jenis syarikat penerbangan. Mas ngn Air Asia.. Dua-dua best.. Tapi pramugari Air Asia lebih seksi.. pkai skirt gitu.. tp muka xlawa .. haha..
seksi kan? haha..tapi aku suka lagi MAS punya pramugari pkai kebaya...cantik dan cun.. So lupakan pasal pramugari, aku nak cite apa aku wat kat sabah dan kat mana tempat ak dah pg.Lagi satu nk tambah, aku pg sana FREE...jangan jeles..
Sampai di Kota Kinabalu, kitorang menginap di kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah. Besar gile UMS siap ada pantai lagi kat dalam kawasan U. Jeles aku, dh la U aku kecik je. Pastu dalam construction lg.. papepun syukur gak la. sampai jugak aku kat menara gading.
dah semalaman barula kitorang bergerak ke Lahad Datu pastu ke Felda Sahabat. Pengurus felda tu cakap masa kitorang sampai kesana, Felda Sahabat ni keluasan dia sebesar Melaka. Tapi ak tgk xramai peneroka pun. Setelah diselidiki rupanya, felda ni Felda Plantation. Sbb tu keluasan dia besar, peneroka xramai.
So tibalah aku kat umah family angkat yang menyambut ak ngn membe2 ak ngn baik sekali.
Sabah dibawah bayu
Pastu berprogram la kami selama tiga hari 2 malam kat Felda Sahabat 3. Ramai warga felda yang join. rasa mcm balik felda aku je..Kami aturkan program sukaneka bersama warga felda, ceramah agama dan motivasi pelajar sekolah menengah bersama2 Majlis Belia setempat. Seronok rasanya dapat berkerjasama ngn orang2 yang kita tak kenal akhirnya jadi kawan. Best2. Ada kesempatan nak lg aku jejakkan kaki ke Felda Sahabat.

Letih berprogram kitorang pun balik ke KK, tunggu flight. Sebelum balik sempatla jalan2 kat KK walaupun xsempat beli pape sangat. Klu korang datang ke Sabah xpegi pasar filipina saje jela. Tempat ni mmg tumpuan pelancong, kat sini le pun nk beli barang2 murah. Kat sini ramai org filipina menjaja, Iphone pun jaja tepi jalan. rilek je dia.  Xcaye korang pg la tgk sendiri.
Pastu waktu malam ada gerai makan buka jual seafood. Mmg jd tumpuan org, seafood dia semua fresh. Mmg xkan jumpa la macm ni kat semenanjung.

Aku xbawak banyak duit, so mane yang sempat je dapat merasa. So kemana destinasi kita seterusnya? huhu. Destinasi bajet bagus..haha.

5 Tips sebelum berjalan jauh (Traveling)

Ak nak kongsi sikit penggalaman ak ngan korang pasal jalan jauh ni.. Memandangkan dalam kesibukan aku ni berkuliah, ak pun sibuk berprogram. So dah jauh rasanya ak berjalan.(travel) dari utara tanah air sampai la ke Sabah. Pantai timur je xberkesempatan lg. So banyak pengalaman traveling ak nak kongsi ngan korang terutama yg naik kenderaan awam..


1. Jangan bawak beg besar sangat. Samada korang nk balik Universiti atau balik kg, itu pun klu korang blik naik kenderaan awam. Klu korang naik kete sendiri xyah cite la..Bawak peti ais pun ak xheran. Ak heran tgk pompuan ni klu travel untuk stay 3 hari pun. Beg diorang macam dok seminggu. Beg besar klu 1 xpe lg, ni dh sampai 2-3 beg besar. tu mcm nk pindah dh tu. Bkn pe beg besar menyukarkn anda bergerak dan kene jaga plak. Klu ada bf mcm ak ni temankn xkesah la.Ak leh pikul semua.(Khas untuk si dara. huhu).

Beg balik kampung
2. Sebelum korang bertolak, pastikan korang bawak duit kecil. Pastu asingkan duit kecil ngn duit besar. Jangn letak setempat. Bukan pe, klu korang nk beli air ke, bayar tambang ke, xdela kuar not2 lebih RM50 tu. Kang menarik perhatian mata2 dan tangan panjang yang gatai tapak tangan diorang tu.

Curik ye
3. Pastu pastikan henset blackberry, iphone 4 dan ntah pape jenama henset korang tu. ada kredit. Henset mahal pun xguna klu xde kredit. Dh ada kredit pastikan henset fullcharge, ada kredit ratus2 @ pkai line pun xguna klu henset xde bateri.  Senang klu tetiba ada emegency, korang tersesat atau nk suruh sesapa amik korang. Kan sekarang zaman teknologi.
Sanggih.
4. Pastikan korang tau perjalanan korang. Periksa apa kenderaan korang nak naik, jarak perjalanan dan berapa lama masa yang di ambil. Klu boleh jangan travel sensorang terutama yg perempuan la. Klu lelaki tu xpe lg..Jangn korang main redah je. Klu sampai xpe, klu xsampai camne.. ?
Pilih-pilih
5. Last sekali dan yang paling penting sebelum memulakan perjalanan korang kene la berdoa, supaya perjalanan korang akan selamat dan lancar sehingga tiba di ke destinasi. Bissmillah,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...